Telefon Sekarang : 019 - 2253612

Klinik Pakar Kanak-kanak Melaka, MENANGANI STRESS IBU BAPA DALAM PENJAGAAN KANAK-KANAK

Klinik Pakar Kanak-kanak Melaka, MENANGANI STRESS IBU BAPA DALAM PENJAGAAN KANAK-KANAK

EMOSI KANAK – KANAK

Kanak-kanak tidak terkecuali dalam menghadapi masalah emosi ini.  Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau masalah tingkahlaku.

Kanak- kanak yang mempunyai risiko mengalami kemurungan termasuk mereka yang:

  • Mengalami situasi yang tertekan seperti dipulau oleh keluarga.
  • Mengalami kehilangan orang yang tersayang seperti kematian ahli keluarga yang terdekat.
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah penyakit kemurungan.
  • Mempunyai sejarah psikiatri pada peringkat awal kanak-kanak seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan, Masalah Pembelajaran, dan Gangguan Keresahan (Anxiety).

TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK SEHINGGA 2 TAHUN

Umur Perkembangan Normal Perkembangan Tak Normal
Dari lahir (0-4) minggu Kebanyakan bayi yang baru dilahirkan akan:

l  Mulut bergerak kearah rangsangan dan mula menghisap

l  Tangan dan kaki bergerak aktif

l  Memberikan reaksi terhadap  bunyi loceng

l  angan dan kaki tidak bergerak aktif

l  Tiada reaksi terhadap bunyi loceng

Dari 4-6 minggu l  Boleh mengawal posisi  kepala secara tegak

l  Berkeupayaan membengkok siku sedikit

l  Tidak boleh mengawal  posisi kepala sewaktu badannya ditarik ke posisi duduk.

l  Kedua-dua siku dalam keadaan lurus.

Dari 6 minggu sehingga 3 bulan l  Mengangkat kepala sedikit sewaktu dibaringkan secara meniarap.

l  Boleh menyokong lengan.

l  Ketidakupayaan untuk menoleh kepala kesebelah, dan tidak boleh mengangkat kepala.
Dari 3 bulan sehingga 6 bulan Bayi semakin kuat dan lincah:

l  Boleh meniarap

l  Boleh memusingkan badan dari posisi terlentang ke meniarap.

l  Menolak badan kedepan dan menarik badan keatas dengan berpaut kepada sesuatu.

l  Mencapai dan menyentuh objek. Mengambil, menggengam dan

l  Membawa objek ke mulut.

l  Memerhatikan objek sewaktu bergerak (contohnya mainan yang mengeluarkan bunyi).

l  Masih tidak boleh meniarap.

l  Masih tidak boleh memusingkan badan dari terlentang ke meniarap. Lambat mencapai/ mengambil objek.

 

Dari 6 bulan sehingga 9 bulan Kebanyakan bayi:

l  Boleh duduk dengan sendiri /duduk  dengan sokongan.

l  Mengambil dan membawa barang dekat ke badan.

l  Memindahkan objek kedua-dua belah tangan.

l  Menyokong badan dengan sendiri jika didudukkan.

l  Masih tidak boleh duduk dengan sokongan.

l  Kurang penggunaan aktiviti tangan

l  Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan.

Dari 8 bulan sehingga 10 bulan l  Boleh merangkak l  Masih tidak  boleh merangkak
Dari 9 bulan sehingga 12 bulan Dalam peringkat ini, bayi akan:

l  Berdiri sendiri

l  Berjalan dengan bantuan (peralatan sekeliling yang boleh ditolak untuk berjalan)

l  Menolak dan bermain dengan bola

l  Melontar objek

l  Mengambil objek dengan menggunakan ibu jari dan jari lain

l  Menjatuhkan dan mengambil semula objek

l  Masih tidak boleh duduk dengan sokongan

l  Kurang penggunaan aktiviti tangan

l  Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan

Dari 1 tahun sehingga 2 tahun l  Berjalan semakin mudah

l  Boleh mencangkung

l  Boleh menaiki/menuruni tangga dengan bantuan atau memegang sesuatu

l  Boleh menyepak bola

l  Mula untuk berlari

l  Masih tidak boleh  berjalan

l  Masih tidak boleh berlari

 

 

Menangani stress ibu bapa dalam penjagaan anak-anak adalah penting kerana tekanan dan keletihan boleh mempengaruhi kesejahteraan keluarga secara keseluruhannya.

 

Tekanan dan keletihan yang tidak ditangani dengan baik boleh merosakkan hubungan keluarga, menyebabkan konflik, dan mengurangkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

 

 

15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA

 

  1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
  • Tidak kira seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak.
  • Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi.
  • Kesilapan dalam bertindak: sewaktu impulsive, bertindak melulu tanpa memikirkan kesan.
  • Berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi.
  • Tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.

 

 

  1. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
  • Macam-macam teknik anda boleh pelajari.
  • Contohnya:

– Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan- hembus dengan kiraan dan kitaran teratur).

– Teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.

 

  1. PERBETULKAN FOKUS
  • Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar.
  • Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun.
  • Tugas kita mendidik dan bukan mengherdik anak.
  • Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.

 

  1. FIKIR PANJANG
  • Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita.
  • Apa yang kita ingin capai dari situasi ini.
  • Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.

 

  1. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
  • Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa.
  • Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti.
  • Tinggalkan anak di rumah penjaga, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.

 

  1. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
  • Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa.
  • Seperti main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.

 

  1. URUS MASA
  • Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan.
  • Susun semula prioriti kehidupan.
  • Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik.
  • Kaji penggunaan masa anda.
  • Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.

 

  1. CARI KAWAN
  • Kawan ada ruang khas dalam hidup.
  • Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’.
  • Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa.
  • Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.

 

  1. BERKONGSI
  • Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri.
  • Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda.
  • Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.

 

  1. UBAH CARA FIKIR
  • Cara kita berfikir menentukan emosi dan reaksi kita.
  • Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif.
  • Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya.
  • Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”.
  • Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.

 

  1. JANGAN TINGGAL RIADAH FIZIKAL
  • Badan kita satu unit yang sama – emosi, fizikal, spiritual.
  • Terabai satu bahagian, terabailah yang lainnya.
  • Jangan pandang rendah impak bersenam pada emosi anda.

 

  1. JAUHI BAHAN TIDAK SIHAT
  • Pemakanan tidak sihat, kopi berlebihan, bahan terlarang semuanya ada kesan pada keseimbangan tubuh badan kita.
  • Jangan Ambil mudah.

 

  1. DAPATKAN BANTUAN
  • Sekiranya tekanan anda berpanjangan, melarat dan beri kesan pada fungsi seharian.
  • Jangan bertangguh dapatkan penilaian professional.
  • Kemurungan, anxiety, psikosis, masalah ketagihan dan seangkatan dengannya semuanya bermula dari stress yang kecil.

 

  1. TERIMA HAKIKAT – ANDA TIDAK AKAN JADI IBU BAPA YANG SEMPURNA
  • Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah.
  • Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda.
  • Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media.

 

  1. JANGAN LUPA TUHAN
  • Anak adalah amanah Allah.
  • Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua.
  • Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.

 

Translate »