Apa Yang Kami Tawarkan
Servis
Sudah menjadi satu kepercayaan atau kebiasaan bagi ibu bapa, jika timbul apa-apa yang pelik pada kulit mesti mereka akan mengatakan ia adalah ruam yang normal dan boleh dirawat dengan menabur bedak sahaja. Tidak! ibu bapa sewajarnya tidak menyangka kesemua penyakit kulit adalah ruam dengan sewenangnya. Ini kerana terdapat banyak lagi contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa terjadi namun bahaya, antaranya:…
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menjejaskan semua peringkat umur. Ia disebabkan oleh keradangan dan pengetatan otot di sekitar saluran pernafasan, yang menjadikannya lebih sukar untuk bernafas. Gejala asma adalah batuk, berdehit, sesak nafas dan dada sesak. Gejala ini boleh menjadi ringan atau teruk dan boleh datang dan pergi dari masa ke masa. Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma…
Anak lambat bercakap adalah perkara biasa. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa yang menyedari masalah ini akan mula gusar dan bimbang jika ia dikaitkan dengan autisme. Autisme bukanlah satu-satunya tanda anak speech delay, sebenarnya ada banyak lagi punca lain yang membuatkan anak lambat bercakap. Menurut laporan Universiti Monash, ibu bapa kanak-kanak dengan autisme sering melaporkan masalah atau kelewatan pada awal perkembangan anak…
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan. Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya? Fisiologi jaundis Jaundis fisiologi adalah jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada…
Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi. Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum. Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan…
Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke…
Masalah tumbesaran bermaksud bayi atau kanak-kanak membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar. Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil atau pendek daripada rakan-rakan sebaya. Tumbesaran kanak-kanak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka. Tumbesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang…
Cirit-birit adalah membuang air besar cair atau berair lebih dari 3 kali dalam tempoh 24 jam. Cirit-birit akut – ia terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu. Cirit-birit kronik– ia berterusan (berlarutan) melebihi dua minggu. Punca Cirit Birit Makanan atau air yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus dan cirit-birit. Terdapat sebab-sebab selain daripada jangkitan tetapi ini lebih jarang…
Selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi. Secara semulajadi, selesema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman. Di dalam terminologi perubatan, batuk…
Terdapat juga vaksin untuk penyakit yang lazim menjangkiti kanak-kanak, tetapi vaksin ini tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Malaysia. Ianya dikenali sebagai Vaksin Tambahan Yang Disyorkan. Anda digalakkan untuk memberi imunisasi dengan Vaksin Tambahan Yang Disyorkan ini kepada anak anda bagi mendapatkan perlindungan yang maksimum. Apa itu Vaksin Tambahan Yang Disyorkan? Pada masa kini, terdapat 5 vaksin lain bagi…
Feedback Dari Ibu Bapa



