Pemantauan Tahap Kesihatan Terhadap Anak/Jagaan Yang Positif COVID-19
Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti COVID-19 tidak bergejala atau bergejala ringan.
Jika anak anda:
✅ mempunyai gejala seperti dalam infografik atau
✅ sejarah kontak rapat atau
✅ pulang dari luar negara
Sila bawa ke fasiliti kesihatan untuk penilaian.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi:
- Kanak-kanak dinasihatkan untuk kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
- Amalkan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
- Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca pembawa jangkitan kepada kanak-kanak dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
- Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.
- Sentiasa mencuci tangan dengan teknik yang betul dan membawa HAND SANITIZER ke mana sahaja.
- Pemakaian pelitup muka menjadi keutamaan ketika musim covid.
- Elakkan berada di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dan sentiasa menjaga jarak.