Dr Adam Al-Anas bin Mat Ali Pakar Kanak -kanak Putra Specialist Hospital Melaka
Sebagaimana yang kita maklum, Malaysia kini sedang dilanda jerebu. Kebakaran hutan di Indonesia sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan jerebu berlaku di negara kita, Malaysia. Apabila jerebu melanda, pelbagai kesan dapat dilihat terutamanya dari segi kesihatan dan antara golongan yang lebih berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan adalah kanak-kanak.
Apakah itu jerebu ?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Keadaan jerebu ini boleh disebabkan oleh kejadian semula jadi seperti debu halus yang berterbangan dan juga letusan gunung berapi. Selain itu, pencemaran udara akibat perbuatan manusia seperti pembakaran terbuka, asap dari kenderaan, debu asap lepasan kilang, penebangan dan pembakaran hutan juga boleh memburukkan lagi keadaan jerebu.
Kualiti udara di persekitaran diukur menggunakan Indeks Pencemaran udara (IPU). Bacaan IPU menggambarkan kualiti udara yang sihat dan selamat untuk orang awam.
Apakah kesan jerebu kepada kanak-kanak ?
- Batuk-batuk
- Susah untuk bernafas
- Sakit tekak ,selsema
- Mata menjadi pedih, berair dan gatal
- Gatal-gatal pada kulit
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kesan jerebu kepada anak anda ?
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
- Pastikan pintu dan tingkap ditutup ketika berada di rumah
- Pastikan anak anda minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi
- Makan makanan/ diet yang seimbang (buah-buahan, sayur sayuran)
- Sekiranya anda merokok, dinasihatkan untuk berhenti merokok
- Sekiranya menggunakan alat pendingin hawa, pastikan penapis udara dicuci bersih dan berfungsi dengan baik
- Boleh menggunakan air purifier dengan HEPA filter
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asthma, allergic rhinitis atau masalah jantung yang kronik hendaklah berjumpa doktor dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Pastikan mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
- Kanak-kanak yang menghidapi asthma haruslah mengambil ubat-ubatan seperti yang disarankan mengikut Pelan Tindakan Asthma (Asthma Action Plan).
Adakah mask N95 sesuai dipakai oleh kanak-kanak semasa jerebu?
Facemask adalah tidak selamat untuk bayi dan mask N95 yang dipakai dengan ketat juga adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak yang kecil. Kebanyakan N95 yang dipakai oleh kanak-kanak kecil adalah tidak efektif seperti yang dipakai oleh kanak-kanak yang sudah besar dan dewasa disebabkan facemask N95 yang dipakai kanak-kanak kecil tidak dipakai secara betul dan longgar . Ada beberapa keadaan dimana, dengan memakai facemask akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk bernafas dan menerukkan lagi keadaan pernafasan kanak-kanak. Ibu bapa boleh rujuk kepada doktor jika tidak pasti sama ada harus menggunakan mask atau tidak. Mask juga tidak perlu dipakai di dalam rumah.
Rujukan:
- Garis Panduan Pengurusan Kesihatan Jerebu. Kementerian Kesihatan Malaysia 2019
- Jerebu dan kanak-kanak, Awal Education, Dr Nurjasmine Aina Jamani
- Impact of haze on children’s health in Singapore , 2019