Apakah itu Speech Delay/ Lambat Cakap?
Klinik Pakar Kanak-kanak Melaka – Speech Delay merujuk kepada kelewatan perkembangan dalam kemampuan seorang kanak-kanak untuk berkomunikasi melalui pertuturan mengikut umur mereka yang sepatutnya.
Jenis – Jenis Speech Delay
Terdapat pelbagai jenis speech delay, seperti:
- expressive language delay merujuk kepada kesukaran dalam menggabungkan kata-kata untuk membentuk ayat,
- receptive language delay merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak untuk memahami
- mixed language delay merupakan gabungan kedua-duanya.
Kadar peratusan kanak-kanak yang mengalami speech delay
Speech delay adalah masalah perkembangan yang biasa berlaku, mempengaruhi kira-kira 5-10% kanak-kanak pra-sekolah.
Perbezaan Speech Delay dan Language Disorder
Speech Delay? | Language Disorder? |
• Speech delay merujuk kepada perkembangan BUNYI pertuturan anak yang lewat sedikit daripada julat perkembangan kanak-kanak normal. maka anak dikatakan bercakap mcm baby talk
• Masih boleh catch up dan perlukan rangsangan pertuturan menggunakan teknik yg betul
|
• Language disorder merujuk kepada perkembangan BAHASA yg tidak mengikuti urutan atau pattern perkembangan bahasa yg betul. maka ada komponen-komponen bahasa yg bercelaru dan bermasalah kerana masalah-masalah seperti sindrom down, autism, specific language impairment, sensory processing disorder dan lain-lain.
|
PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Perkembangan Normal
Umur | Kemahiran Bahasa |
0 – 6 bulan | • Senyum apabila mendengar suara ibu/penjaga
• Menggerakkan kepala & mata ke arah bunyi • Mengeluarkan bunyi-bunyian seperti menghasilkan bunyi vokal (/aaa/) yang nyaring (video) |
7 – 11 bulan | • Membebel- ‘baba’, ‘mama’, ‘dada’ tanpa maksud tertentu
• Faham perkataan ‘jangan’ dan arahan mudah seperti ‘bye-bye’, ‘salam’ • Meniru bunyi mudah seperti bunyi binatang dan kenderaan |
1 tahun | • Meniru suku kata perkataan, contoh: ‘bola’ à /la/, ‘abah’ à /bah/
• Menguasai 10-25 perkataan • Dapat menunjukkan bahagian badan asas • Menggunakan kata sosial, contoh ‘hello’, ‘bye-bye’ • Memanggil nama ahli keluarga terdekat |
2 tahun | • Menguasai kira-kira 50 perkataan
• Menggabungkan 2-3 patah perkataan • Mengikut arahan tanpa bantuan isyarat • Tumpuan terhadap sesuatu aktiviti selama lebih kurang 5 minit |
3 tahun | • Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
• Dapat menyebut nama penuh • Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’ |
4 tahun | • Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
• Dapat menyebut nama penuh • Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’ |
5 tahun | • Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
• Dapat menyebut nama penuh • Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’ |
Sign of speech delay (REDFLAG)
Pertuturan dan Bahasa
4 bulan
- tidak memberi respond pada bunyi yang kuat
- tidak membebel (no babble)
7 bulan
- tidak beri respond pada bunyi
1 tahun
- tidak menyebut sebarang perkataan seperti mama atau dada
2 tahun
- tak boleh cakap minima 15 perkataan
- tidak guna 2 perkataan (cth nak susu)
- hanya boleh tiru tak boleh bina ayat sendiri
3 tahun
- tidak boleh cakap minima 50 perkataan
- tak guna ayat simple (makan kat sini)
5 tahun
- tidak faham arahan atau memahami preposition (atas, bawah, sebelah)
- tidak boleh cerita pengalaman
Punca-Punca Speech Delay
- Faktor Kesihatan seperti neurological problem (otak & saraf)
- Kanak-kanak yang mengalami sawan/epilepsy yang tak terkawal mungkin menghadapi gangguan kecemasan yang boleh mempengaruhi perkembangan intelektual mereka. Ini boleh melibatkan cabaran dalam memahami dan menggunakan bahasa dengan betul.
- Sebagai contoh lain , kanak-kanak yang lewat perkembangan atau memiliki ciri-ciri sindromik lebih cenderung untuk memiliki masalah gangguan bahasa atau lambat bertutur.
- Masalah Pergerakan Otot Pertuturan
- Ini juga menunjukkan salah satu gangguan yang berlaku di bahagian otak. Ia mengganggu penghasilan pertuturan. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menggunakan dan mengatur pergerakan bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan pertuturan.
- Masalah Pendengaran (Hearing loss)
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan menghadapi kesukaran untuk meniru dan menghasilkan bunyi pertuturan. Oleh itu, ibu bapa perlulah membawa anak berjumpa dengan Audiologis di hospital berdekatan untuk menjalani ujian pendengaran(hearing assessment)
- Ketagihan Gajet
- Ketagihan gajet boleh berlaku seawal usia 3 tahun. Ini sekaligus akan membawa beberapa kesan kepada anak-anak, termasuk tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, kurang berinteraksi, dan juga mudah tantrum atau marah apabila tidak diberikan gajet.
- Masalah lain seperti:
- Tongue tie
- Kurang stimulasi/interaksi/environment
- Neurodevelopmental disorder seperti autism/ADHD
- Bayi pramatang
Rawatan Speech Delay
- Pemantauan Kesihatan Umum (Pakar kanak-kanak)
- Contohnya kanak-kanak yang mengalami sawan mungkin memerlukan pemantauan kesihatan umum yang berterusan untuk memastikan bahawa masalah kesihatan yang berkaitan dengan sawan dan ubat-ubatan antikejang dapat dikendalikan dengan baik. Ini membantu dalam mecegah daripada mengalami speech delay.
- Terapi Pertuturan (Speech therapist)
- Terapi pertuturan oleh seorang pakar pertuturan adalah pendekatan utama dalam merawat speech delay yang berkaitan dengan gangguan perkembangan otak. Terapis pertuturan akan merancang program terapi yang disesuaikan dengan keperluan individu kanak-kanak, dengan memberikan latihan untuk meningkatkan pengucapan, pemahaman bahasa, dan kemahiran berkomunikasi yang lain.
- Masalah Pendengaran (Audiologist/pakar ENT)
- Langkah pertama adalah mendapatkan pemeriksaan pendengaran yang menyeluruh oleh seorang audiologis atau pakar pendengaran (ENT). Pemeriksaan ini akan membantu menentukan tahap masalah pendengaran dan punca-punca yang mungkin terlibat.
- Occupational therapist (OT)/ atau child psychologist