Dr Adam menamatkan pengajian ijazah sarjana muda Doctor of Medicine (MD) dan memperoleh ijazah sarjana Master of Medicine Paediatrics (MMed) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) . Dalam masa yang sama beliau juga meningkatkan kepakaran di bahagian kanak-kanak dengan mendapatkan MRCPCH (Keahlian di dalam Kolej Diraja Pediatrik dan Kesihatan Kanak-kanak) dari United Kingdom. Beliau juga mempunyai minat khusus dalam bidang neonatal (bayi) & neurodevelopmental disorder (autism, ADHD & masalah pembelajaran) . Minat beliau terbukti apabila beliau memperoleh anugerah Best Oral Presentation Neonatalogy di Regional Congress Perinatal Society of Malaysia (PSM) pada tahun 2019 dan juga telah publishkan kajian beliau di peringkat international yang bertajuk “ Randomised controlled trial: Shoulder umbilicus length versus body weight measurement for optimal endotracheal tube depth estimation in ventilated infants”. Beliau juga mempunyai sijil sebagai clinical instructor untuk program Neonatal Resuscitation Programmes (NRP),Edisi 8. Dr Adam turut menjalankan servis rawatan ambulatori bayi jaundis & fototerapi bagi memudahkan pengendalian rawatan kesihatan jaundis bayi. Beliau turut aktif dalam memberi ceramah professional untuk komuniti seperti kursus antenatal bagi bakal-bakal ibu bapa dan banyak membuat kolaborasi dengan pihak NGO bagi program kemasyarakatan. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pakar Pediatrik di Putra Specialist Hospital , Melaka.