Vaksinasi Wajib & Tambahan

Terdapat juga vaksin untuk penyakit yang lazim menjangkiti kanak-kanak, tetapi vaksin ini tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Malaysia. Ianya dikenali sebagai Vaksin Tambahan Yang Disyorkan. Anda digalakkan untuk memberi imunisasi dengan Vaksin Tambahan Yang Disyorkan ini kepada anak anda bagi mendapatkan perlindungan yang maksimum.

Apa itu Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Pada masa kini, terdapat 5 vaksin lain bagi mencegah penyakit yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak iaitu:

  1. Cacar air (varisela)
    Penyakit mudah berjangkit yang menyebabkan demam dan kulit melepuh.
  2. Hepatitis A
    Jangkitan hati disebabkan virus hepatitis A.
  3. Influenza
    Jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru.
  4. Penyakit Meningokokus
    Jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal.
  5. Rotavirus
    Menyebabkan muntah dan cirit-birit teruk dalam kalangan bayi.
Translate »