Masalah Tumbesaran / Terbantut

  • Masalah tumbesaran bermaksud bayi atau kanak-kanak  membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.
  • Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil atau pendek daripada rakan-rakan sebaya.
  • Tumbesaran kanak-kanak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka.
  • Tumbesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard. Apabila tumbesaran kanak-kanak menunjukkan tumbesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab tumbesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.
Translate »